Imbas semula sedekad yang lalu, Syaza mulakan bisnes online secara kecil-kecilan melalui inspirasi yang ditonjolkan oleh kawan Syaza. Namun begitu, pada masa itu Syaza belum cukup matang untuk hadam yang bisnes online ini jika di buat dengan baik dapat mendatangkan hasil yang sangat lumayan.
Sampailah di ketika ini, rasa kelakar kalau throwback perjalanan bisnes dulu hingga hari ini. Tapi Syaza yakin bahawa semua perkara berlaku mesti ada hikmah. Paling penting, Syaza dapat berkongsi dengan anda pengalaman berharga ini supaya anda tidak ulang kesilapan yang Syaza pernah lakukan dahulu.
Jika Syaza di beri peluang untuk mulakan bisnes online, ini adalah 15 perkara yang akan Syaza buat terlebih dahulu di permulaan bisnes untuk grow:-
1. Betulkan Mindset
Perkara pertama yang akan Syaza buat mula-mula sekali bila nak bangunkan bisnes online dari mula – perbetul mindset. Perkara ini sangat penting untuk memastikan agar diri anda sentiasa berdisiplin walau apa jua rintangan yang mendatang.
Mindset yang betul juga membantu untuk anda tidak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling contohnya – rasa nak putus asa sebab keluarga tak sokong, letih kerana sibuk menguruskan anak-anak atau pun tidak memiliki kemahiran untuk online marketing.
Pendek kata, pembangunan mindset yang jelas ini – dapat memendekkan tempoh memberi alasan untuk kita sebagai solomuslimahpreneur.
2. Tetapkan Matlamat - Goal Setting
Lepas dah selesai mindset – Syaza akan buat – goal setting. Antara soalan yang akan Syaza tanya kepada diri sendiri untuk menetapkan goal setting ini adalah seperti:-
- Apakah matlamat long term bisnes ini?
- Apakah matlamat jangka masa pendek yang nak di capa dalam masa terdekat?
- Niat utama buat bisnes?
3. Senaraikan Perancangan Bisnes
Seterusnya, apabila sudah jelas target / goals, teruskan pula dengan perancangan bisnes atau business planning.
Dekat sinilah Syaza akan rangka tentang teknik marketing yang bagaimana ingin Syaza fokus termasuklah dari segi pelaburan dan yang seiringan dengannya.
Jika anda perasan, Syaza masih belum mula langsung kata nak promote jual produk atau servis. Masih lagi di tahap merancang sebab apa yang Syaza belajar dari pengalaman ialah – jika kita gagal merancang, kita sebenarnya rancang untuk gagal.
4. Pilih Satu Platform UTAMA Untuk Promote
Mahirkan diri dengan SATU platform utama berbanding cuba sedaya upaya untuk berada di semua tempat.
Apabila dah mahir satu platform, boleh belajar platform lain pula sehingga mahir. Apa yang Syaza nampak adalah, sebenarnya susah ye kalau nak fokus pandai semua tempat.
Reel nak pandai, buat YouTube nak mantap, tulis status nak best.. ish, takkan mampu untuk beri yang terbaik di SEMUA tempat. Yang boleh ialah mahirkan di SATU platform, tempat lain – jadi beginner pun takpe.
5. Cari Gaya Marketing Yang Tersendiri
Tak ada betul dan juga tidak ada salah dalam teknik-teknik marketing. Semua teknik tetap akan hasilkan result akhir iaitu – sales! Cuma jika ada peluang start dari 0 balik, Syaza nak pilih gaya marketing yang bersesuaian dengan pilihan hati.
6. Bekerja dengan Bijak - Bukan Keras
Gunakan konsep 80:20. Buat kerja 20% tapi hasilkan result 80%. Benda ini sangat penting untuk jaga kesihatan mental sebagai seorang solomuslimahpreneur dari masa ke semasa. Agar tidak mudah untuk burn out yang membawa kepada putus asa!
7. Sentiasa Hargai Kejayaan Kecil Sebelum Besar Hadir
Bila baru nak start, memang biasanya jaranglah nak terus result gempak. Mesti ada sendu di sana dan di sini. Oleh itu, kena ada benda ini terutama dalam mindset seperti yang nombor #1 tadi.
Sentiasa perhatikan progress. Kalau bergerak walaupun lambat atau sedikit demi sedikit, mesti ada progress. Kena selalu ingat bahawa small steps lead to a bigger result.
8. Bermula dari Website Sebelum Media Sosial
Dulu Syaza start dengan media sosial, and to be exact media sosial-nya adalah Instagram. But if I start semula, I akan pilih – mula dari website.
Ada banyak kelebihan sebuah bisnes yang memiliki website antaranya adalah dapat meningkatkan kepercayaan pembeli lebih tinggi berbanding content creator atau penjual yang tidak mempunyai website.
9. Sekatakan Semua Brand Name
Brand name penting untuk munculkan diri dengan mudah di hadapan target market. Lock semua media sosial dan domain dengan brand name – tak kisahlah nama sendiri atau nama lain – terus lock.
Walaupun tak nak actibe pun dekat media sosial tersebut, takpe – jus daftar sign in dan masukkan brand name. Supaya bila orang search pasal bisnes, mereka akan nampak semua nama yang sama dan takde pilihan lain melainkan berurusan dengan kita. Selain itu, sekatakan brand name akan meningkatkan kredibiliti diri dengan lebih baik.
10. Fokus pada SATU Niche Sahaja
Yup! Fokus hanya pada satu niche sahaja. Kalau rasa nak menjual pasal produk untuk mak-mak, buat niche mak-mak je. Tak yah tengok anak dara, remaja.
Selain dari memudahkan kita kumpul target prospek, benda ini akan mudahkan untuk buat content di masa mendatang.
11. Kumpul Database dengan Email Marketing
Database is king! Kalau awal buat bisnes, tambah pulak orang tak kenal, Syaza akan collect database dari email marketing.
12. Tidak Post Semberono
Nombor 12, bila post untuk tujuan marketing – Syaza tidak akan sama sekali post semberono.
Post semberono = muncul je walau dengan apa jenis status. Ya, semestinya Syaza pernah buat. Sebab itu blog entri ini nak kongsi benda yang Syaza akan buat kalau start semula bisnes dari 0, hahaha.
Apa dia? Tidak akan post semberono, malah akan post dengan tujuan tertentu bagi SETIAP jenis posting. Supaya tahu metrik apa nak dapat untuk result akhir bagi setiap post. Baru berbaloi buat posting! 😉
13. Terus Buat Content Yang Bermanfaat
Walau mula dari 0, terus buat content yang kaya dengan manfaat. Memang dari awal takkan ada orang yang ambil peduli pun, percayalah dengan progress.
14. Ambil Peluang Untuk Mempelbagai Sumber Income Pasif
Yang ini best, lambat Syaza dapat ‘tangkap’ dan belajar, hehehe. Jangan rigid dengan satu sumber income sahaja, malah Syaza akan buat pelbagai sumber income pasif yang berasal daripada bisnes utama tadi.
Jadi inilah dia 14 perkara yang akan Syaza lakukan di permulaan jika start semula sesebuah bisnes online daripada kosong.
Anda rasa entri ini bermanfaat? Jemput join komuniti CEO Sisterhood di private Facebook Group ini.