Blog

  • Basic & Percuma: Cara Buat Blog Sendiri

    Basic & Percuma: Cara Buat Blog Sendiri

    Anda terfikir nak mulakan blog sendiri tapi belum tahu bagaimana cara untuk buat? Buat blog boleh buat dengan percuma dan ada secara berbayar.

    Dalam entri ini, Syaza akan kongsi dengan anda step-by-step cara buat blog sendiri. Apa yang paling menarik ialah tutorial yang Syaza share ini, sepenuhnya percuma.

    Tutorial cara buat blog sendiri percuma – basic yang sesuai bagi anda yang masih di fasa permulaan dengan dunia blogging. Selain itu, entri tutorial ini adalah untuk yang ingin menulis blog secara hobi (bukan untuk buat duit dengan blog).

    Kalau anda nak buat duit dengan blog walaupun blog percuma, anda boleh skip entri ini, dan terus baca dekat sini: Cara Buat Blog Percuma untuk Dapatkan Duit darinya.

    1. Pilih Platform Blog Percuma

    Sebelum memulakan blog, anda mesti memilih dahulu dekat mana anda mahu tulis blog. Dalam kisah sekarang, anda hendaklah pilih platform blog percuma. Terdapat beberapa platform yang boleh bagi akses percuma untuk anda buat blog dengannya seperti:

    • Wix
    • Squarespace
    • Blogger
    • Tumblr
    • WordPress.com
    • Medium
    • Weebly

    Syaza sarankan untuk anda mulakan dengan Blogger kerana ia mudah untuk di akses dan mesra dengan Google. Jadi lebih mudah kerja anda untuk blog mendapat ‘tempat’ di ‘hati’ Google.

    Kalau anda nak tahu lebih details mengenai setiap platform blogging free yang popular ini, boleh baca blogpost ini untuk mengetahui tentangnya supaya anda nampak yang mana sesuai dengan keperluan anda: Review Platform Blog Percuma Terbaik [yang sesuai untuk anda]

    Untuk register dengan Blogger, sangat mudah. Anda hanya perlu ke Blogger.com, dan sign up dengan gmail dan blog anda dah ready untuk step seterusnya.

    2. Pilih Nama Blog

    Lepas je dah register blog di platform pilihan anda, boleh pilih nama blog. Untuk nama blog percuma, akan ada iklan platform yang anda pilih. Sebagai contoh, untuk anda yang pilih Blogger. Nama blog anda akan jadi www.(namabloganda).blogspot.com

    Ada perkataan “blogspot” dekat situ.

    Bagi anda yang memang nak 100% percuma, bolehlah proceed dengan nama blog itu dan pergi ke langkah selepas ini.

    Tetapi, kalau anda nak nama blog seperti ini www.namabloganda.com, anda boleh baca entri mengenai cara nak mendapatkan nama blog seperti itu dalam entri ini: Tutorial Buat Nama Blog Dot Com

    3. Design Blog Menarik

    Now, is the best part. Cari design yang menarik. Tapi Syaza bagitahu siap-siap, bila blog masih baru – walau secantik mana pun design yang anda pilih, ia takkan nampak lagi. Design tu akan lebih menonjol bila anda dah mula ada 10 post – at least. But still, anda boleh cari template atau theme yang anda suka.

    Dalam platform blog terutama sekali Blogger, dah ada ready template yang anda boleh pilih. Cuma pilihan dia agak limited. Selain pilihan yang platform tu sediakan, anda boleh search dekat Google:

    • “Template Blog Free”
    • “Template Blogger Percuma”

    Nanti akan keluar lagi rambang mata template yang ada. Cadangan Syaza, mulakan dengan yang basic – yang ada dalam platform tu dulu. Bila blog dah mula banyak isi, bolehlah design dengan lebih cantik lagi.

    4. Mula Tulis Post Penting

    Wait, what?! Dah kena start tulis ke Syaza? Ya, anda boleh terus tulis SATU post yang penting. Bukan yang berat lagi pun. Tapi Syaza percaya, anda dah ada 1001 idea tentang content apa yang anda nak tulis, kan? Been there, done that!

    Post atau artikel penting yang anda boleh terus mula buat ialah tentang diri anda. Dalam ni anda share siapa anda, kenapa mula blog, dan apa harapan anda pada pembaca blog anda. Dari artikel pertama inilah anda akan jadi lebih bersemangat dan tak sabar nak buka blog untuk tulis next post!

    5. Share Blog

    So sekarang semua dah settle, tinggal satu je lagi iaitu share link blog anda supaya ada orang sedar kewujudan blog itu. Untuk anda yang rasa malu nak share link, tapi nak orang tahu kewujudan blog – boleh baca artikel yang Syaza sediakan ini: Cara Share Link Blog / Tarik Trafik Untuk Yang Introvert

  • Hello world!

    Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!